Saturday, 18 April 2009

PROGRAM YG DITAWARKAN DI JIP

PROGRAM PPISMP :
1. Teras Asas Pendidikan (TAP)
2. Teras Kemahiran Berfikir (TKF)
3. Teras Kemahiran Belajar (TKB)
4. Kemahiran Kecekatan Emosi (KKE)

Program PISMP :
1· Falsafah Pendidikan (FP)
2. Perkembangan Kanak-Kanak (PKK)
3· Pengurusan Bilik Darjah (PBD)
4. Budaya dan Pembelajaran (BP)
5. Murid dan Alam Belajar (BP)

Program KDC PRA, PKHAS:
1. Asas Pendidikan (Pedadogi, Psikologi Pendidikan, Profesional Keguruan).
2. Bimbingan dan KaunselingProgram

KDP KAUNSELING :
1. Bimbingan dan Kaunseling

Program KPLI :
1. Asas Pendidikan (Pedadogi, Psikologi Pendidikan, Profesional Keguruan).
2. Bimbingan dan Kaunseling (B & K)

Program KPLI-JQAF :
1. Asas Pendidikan (Pedadogi, Psikologi Pendidikan, Profesional Keguruan).

Program KDP 14M KPM-OUM :
1. Psikologi Pendidikan
2. Bimbingan dan Kaunseling

SESI BIMBINGAN & KAUNSELING YANG DIKELOLAKAN OLEH KAUNSELOR PAKAR

PIAGAM PELANGAN

1. Memulakan semua kuliah pada hari pertama setiap awal semester

2. Menyempurnakan kurikulum kursus pendidikan satu minggu sebelum peperiksaan bermula bagi semua kumpulan.

3. Menggunakan satu minggu akhir untuk mengulangkaji dan menyediakan guru pelatih untuk menghadapi peperiksaan.

4. Mematuhi jadual penyeliaan dan menyediakan markah kepada Setiausaha Peperiksaan satu minggu selepas tamat praktikum.

5. Memberi bimbingan secara intensif sepanjang praktikum dijalankan agar guru pelatih sentiasa kompeten dalam pelbagai strategi kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

6. Membimbing dan membantu semua guru pelatih untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan setiap semester.

7. Membentuk akhlak mulia, membina daya kepimpinan dan memupuk sikap bertanggungjawab, berfikiran kereatif dan kritis serta menghayati hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF

1. Melaksanakan proses pengajaran dn pembelajaran yang berkesan kepada semua guru dan bakal guru dalam bidang ilmu pendidikan dan bimbingan dan kaunseling.

2. Meningkatkan kemahiran pedagogi bagi guru-guru pra perkhidmatan melalui sesi pengajaran mikro dan makro.

3. Menanam sikap, nilai dan akhlak mulia sesuai dengan etika dan profesion perguruan kepada semua guru selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4. Memperkembangkan tahap profesionalisme keguruan di kalangan guru-guru melalui program dan kursus pendek kelolaan Institut dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

5. Memberi khidmat nasihat dan bimbingan dalam bidang-bidang ilmu pendidikan kepada guru-guru Pra Perkhidmatan dan Kursus Dalam Perkhidmatan

VISI DAN MISI

VISI
Melatih dan memimpin guru Praperkhidmatan dan Dalam perkhidmatan menyebar luas ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran psikologi, pedagogi, profesionalisme ke arah merealisasikan hasrat institut melahirkan guru bestari bertaraf dunia.


MISI
1. Menjadikan sebuah jabatan rujukan yang memimpin ke arah ketrampilan pedagogi dalam latihan perguruan dengan melaksanakan pengajaran, penyelidikan dan penyebaran ilmu pendidikan.

2. Memastikan guru pelatih menguasai dan mempraktikkan ilmu pendidikan semasa berkursus, praktikum dan setelah dilantik sebagai guru permulaan.

3. Berusaha secara berterusan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam bidang ilmu pendidikan dengan mengikuti pelbagai kursus, melaksanakan penyelidikan serta pembacaan kendiri berkualiti.

4. Bersedia membantu dan menyebar luas kepakaran pendidikan melalui pengajaran dan pembelajaran. Bimbingan dan penyeliaan, kajian penyelidikan dan penulisan ilmiah.